Halaman

Selasa, 4 Oktober 2011

PMR dan nasib PSV

Dah mula PMR..yeayy! Semoga buatlah yang terBAIK PUNYER pelajar-pelajar form 3 sekalian..especially murid-murid ku SBS yang ku cintainn hakktuii. Sayangnya tiada paper PSV dalam PMR ni.. Nape yea? Sedangkan subjek lain menjadi tahap pengukur untuk murid menentukan aliran mereka untuk ke tingkatan 4 dan seterusnya SPM seterusnya alam pengajian tinggi seterusnya kerja profesion dan seterusnya..tetapi tidak pula seni. Maka jelaslah disini toksah susah-susah jika anda yang memang berminat ke aliran seni buatlah tak lebih kurang PMR nanti sure automatik layak ke aliran itu. Maka tergolongan jugalah di antaranya yang memang mereka yang takde pikir haper pun nak ke aliran mana (tak fikir masa depan) bahkan tak minat lagi malang anti art turut terjebak sama ke kelas aliran itu.. oohh ohh oiii...

DOUBLE STANDARD? No...but TREABLE plus..plus..plus..to whom? ....Kalau saya la kan..elok patut diadakan kembali PSV dlm PMR..kita saring mereka yang patut layak masuk kelas art sama seperti aliran lain..yang perdagangan, saring juga tetapi perdagangan penting juga sebab nanti melukis ajer tak tau nak perdagangkan hasil karya takleh survive juga..nak kene beli cat juga ganti bila habis...benda basi nak citer nape murid form 2 n 3 malas nak endah tentang PSV dah sedia kita maklum..mind set mereka memang sejak lahir belajar beroriantasikan peperiksaan dan ganjaran. kan?kan?...Belajar rerajin naper? Nanti leh skor dalam peperiksaan...kalau skor exam dapat apa? dapat hadiah lahh mummy daddy puppy kasik...huihuihui..kalau fail exam dapat apa? pun dapat hadiah juga..hadiah tengking! Kene marah, dan bermacam hukuman..ganjaran juga tetapi lain skit, lama-lama leh mental, psyco, penyakit ginetik turun temurun.

Bagaimana lak yang langsung tak menjadi? Ada 8 subjek orang lain dapat 8A yang dia dapat 8Elephants? Yang sure ada masalah perkembangan minda, fizikal (slow) atau disiplin..? Haa.. golongan hak ni laa yang patut diserah kepada prof-prof, doktor-doktor, para pakar sarjana sarjani nazar nazir hebat-hebat sekalian yang bergaji berharta juta-juta-juta hakktuiii kerjakan. Bukan hanya setakat duk meraban pokpekpokpek di dewan kuliah ngajar sekali sekala usha calon sesuai buat bini tambahan mereka yang dah memang pandai semata-mata. Penuh falsafah kan? Hebat psykologi kan? Hebat mengenai tingkah laku manusia kan? Apa lagi..? Inilah bahan kajian anda. Jatuh standard nak datang ke sekolah? Tak payah, aku leh cadangkan mereka yang lemah dan bermasalah ini keistimewaan terus masuk universiti anda harharhar..Selalu nak blame cikgu yang skadar diploma habis hebat pon 1st dgree , doktor phd sekali sekala yg tak layak jadi lacture..korang lagi hebat tahu serba-serbi buatlah hah..Baru cakap serupa bikin terbukti, setakat ngaja anak sendiri dan bimbing sampai berjaya lom tentu lagi leh dapat hasil yang sama dengan anak orang lain..lain latar keluarga dan budaya lain juga cara pendekatannya..tak boleh pukul sama rata. Cakap senang? sama ajer korang pon cakap senang jugak...

Bebalik pada PSV di sekolah, hmm kita cikgu seperti biasa akan cuba sedaya upaya menyediakan dan melaksanakan pemelajaran terbaik untuk mereka. Pelbagai cara telah dan akan diusahakan supaya dapat sekurang-kurangnya memupuk minat mereka terhadap Seni. Seni tidak seharusnya dirumitkan dengan pelbagai ideologi dan fahaman bagi saya laa kan tapi penting juga untuk kita mengenal sejarah dan perkembangannya supaya hasil karya itu bukanlah hanya indah di mata, tetapi juga sarat dengan intelektual dan estetiknya. Di barat hasil karya seni begitu tinggi martabatnya kerana pengetahuan dan kesedaran yang ada dan diserap ke minda dan hati masyarakat sejak awal lagi mendorong mereka menghargai ciptaan pelukis dan pengkarya. Namun di negara kita ia hampir tiada kerana sedikitnya pencinta seni dari kalangan rakyat tempatan. Nilai sesebuah hasil seni itu bukanlah ditentukan dari segi kualiti hasil pengkaryaan sahaja tetapi lebih ditentukan oleh sejauh mana pengetahuan dan persepsi masyarakat yang menilainya. Berapa ramai yang menganggap karya seni sebagai pelaburan seperti mana eset hartanah dan emas? Zaman Perang Dunia ke 2 karya-karya seni hasil pelukis-pelukis tersohor barat menjadi rebutan antara dua puak perikatan, pelbagai cara dilakukan untuk memilikinya..Bilik sekebal-kebalnya dibina untuk menyimpan karya-2 itu di muzium. Teringat pula sedutan dari filem 2012 apabila dunia dalam situasi kemusnahan, karya-karya agung seperti Monaliza dibawa dan diselamatkan terlebih dahulu berbanding jutaan lagi nyawa manusia..mengapa ye? Renungkan...



Tiada ulasan: