Halaman

Rabu, 26 Oktober 2011

Masa Untuk berDEKo!

Ada masa cuti seminggu ini dapatlah sedikit peluang untuk mengisinya dengan hobi kegemaran saya iaitu DEKo-deKO rumah sendiri haha... Dah agak lama tersekat dengan idea serta kondusif lama keadaan apartment saya ini. Dah boring rasanya. Ini merupakan kali ke ntah berapa sejak 6 tahun lalu tinggal kat sini kami mengubah suai apartment ni. Tapi kali ini rasanya tak banyak sangat nak diubahsuai pun kecuali bilik tidur kedua dua puteri ku yang nak bikin special skit kalu...haha.. Selainnya ingat kat living dgn dining cuma nak tukar kaler je..

Oraiit.. 1st step sebelum bikin deko-deko dan mengeluarkan duit, kenalah buat perancangan rapi terlebih dahulu bertujuan mendapatkan idea yang paling ngam dgn bajet yang ciput ni. Belilah majalah-majalah tentang dekorasi rumah dan carilah dari sumber internet, tengok-tengoklah apa yang menarik untuk rujukan. Cari punya cari haa dah jumpa sumber inspirasiku yang berkenan:

Antara sumber ilham mendeko dalaman rumahKU:

sumber 1:
Bilik tidur yang best kombinasi warnanya..saya sangat suka dengan skema-skema warna earthen dan soft begini.

Sumber 2:
Kelabu, my favourite haha..best, simple but exclusive.

Sumber 3:

Sumber 4:
Yang ini memang dasyat..Suka dengan stool yang comel-comel tu..Mana leh beli stool cam tu haa?

Ok..cukupla..tu untuk ditunjukkan dalam blog ni sumber-sumber ilham ku..banyak lagi sebenarnya dan sekarang kembali ke situasi sebenar..My living, Dining dan My Kids Bedroom.

Kebiasaannya saya akan membuat matching-matching jenis dan susun atur perabot dan skema warna melalui lukisan di dalam illustrator terlebih dahulu. Bagi yang pandai guna perisian ini bolehlah cuba atau jika tau yang lebih hebat dari software ini dipersilakanlah..mana-mana cara yang selesa bagi anda..tapi saya cuma tau guna perisian ini je untuk melukis. Cara begini diguna pakai oleh mana-mana interior designer pun..(tak sure lak Eric Leong guna tak..hihi memandai je aku ni) dan ia penting supaya kita dapat melihat gambaran awal apa yang terhasil dengan kombinasi-kombinasi yang kita buat. Kemudian dah rasa cun dan ngam barulah berkira-kira nak beli cat kaler apa or perabot yang camner.. Jangan main beli dulu asal nampak ia lawa..nanti dah bawak masuk umah dah tak ngam dengan sekeliling. Gonjeng ooo..

Dapat 2 idea bagi living dan dining. Masih buntu nak pilih kombinasi warna dinding yang mana paling menepati citarasaku untuk jangka masa yang panjang sebab saya jenis yang cepat boring dengan serounding yang sama ajer..

Sketch untuk living skema warna 1:
Idea saya hanya untuk memilih kombinasi warna yang sesuai dengan mengambil kira jenis, warna, material dan texture perabot rumah sedia ada..

Sketch untuk living skema warna 2:
Sketch untuk dining skema warna 1:
Sketch untuk dining skema warna 2:

Hmm..rasanya macam kelabu jer..hmm tengoklah nanti, ok dah boleh kira-kira untuk beli cat haha..

Dan yang paling special bilik tidur anak-anak dara ku..
Haa.. siap ada pondok lagi sebagai tempat tidur aa.. sesilap papa yang tidur dalam tu hihi..dah lama teringin nak buat gini..harap-harap kesampaian.

Tiada ulasan: