Halaman

Jumaat, 28 Oktober 2011

Contoh lukisan kertas 2 Pep. Akhir Tahun Ting. 4

Seperti dijanjikan ini salah satu daripada yang disyorkan untuk anda menjawab. Terlebih dahulu saya nyatakan soalannya:

Soalan No. 2
:
Di atas meja bacaan, sepasang cermin mata diletakkan di atas sebuah buku tebal yang masih terbuka halaman muka suratnya seperti baru lepas dibaca. Disisi nya pula terdapat sebuah lampu meja yang masih terpasang menerangi buku dan cermin mata itu. Gambarkan objek-bjek tersebut tersebut dari dari sudut yang menarik dan jarak yang dekat dengan menekankan kesan bentuk, cahaya dan bayang dari sumber lampu meja itu.

Contoh Lukisan:
Proses penghasilan:





Rabu, 26 Oktober 2011

Masa Untuk berDEKo!

Ada masa cuti seminggu ini dapatlah sedikit peluang untuk mengisinya dengan hobi kegemaran saya iaitu DEKo-deKO rumah sendiri haha... Dah agak lama tersekat dengan idea serta kondusif lama keadaan apartment saya ini. Dah boring rasanya. Ini merupakan kali ke ntah berapa sejak 6 tahun lalu tinggal kat sini kami mengubah suai apartment ni. Tapi kali ini rasanya tak banyak sangat nak diubahsuai pun kecuali bilik tidur kedua dua puteri ku yang nak bikin special skit kalu...haha.. Selainnya ingat kat living dgn dining cuma nak tukar kaler je..

Oraiit.. 1st step sebelum bikin deko-deko dan mengeluarkan duit, kenalah buat perancangan rapi terlebih dahulu bertujuan mendapatkan idea yang paling ngam dgn bajet yang ciput ni. Belilah majalah-majalah tentang dekorasi rumah dan carilah dari sumber internet, tengok-tengoklah apa yang menarik untuk rujukan. Cari punya cari haa dah jumpa sumber inspirasiku yang berkenan:

Antara sumber ilham mendeko dalaman rumahKU:

sumber 1:
Bilik tidur yang best kombinasi warnanya..saya sangat suka dengan skema-skema warna earthen dan soft begini.

Sumber 2:
Kelabu, my favourite haha..best, simple but exclusive.

Sumber 3:

Sumber 4:
Yang ini memang dasyat..Suka dengan stool yang comel-comel tu..Mana leh beli stool cam tu haa?

Ok..cukupla..tu untuk ditunjukkan dalam blog ni sumber-sumber ilham ku..banyak lagi sebenarnya dan sekarang kembali ke situasi sebenar..My living, Dining dan My Kids Bedroom.

Kebiasaannya saya akan membuat matching-matching jenis dan susun atur perabot dan skema warna melalui lukisan di dalam illustrator terlebih dahulu. Bagi yang pandai guna perisian ini bolehlah cuba atau jika tau yang lebih hebat dari software ini dipersilakanlah..mana-mana cara yang selesa bagi anda..tapi saya cuma tau guna perisian ini je untuk melukis. Cara begini diguna pakai oleh mana-mana interior designer pun..(tak sure lak Eric Leong guna tak..hihi memandai je aku ni) dan ia penting supaya kita dapat melihat gambaran awal apa yang terhasil dengan kombinasi-kombinasi yang kita buat. Kemudian dah rasa cun dan ngam barulah berkira-kira nak beli cat kaler apa or perabot yang camner.. Jangan main beli dulu asal nampak ia lawa..nanti dah bawak masuk umah dah tak ngam dengan sekeliling. Gonjeng ooo..

Dapat 2 idea bagi living dan dining. Masih buntu nak pilih kombinasi warna dinding yang mana paling menepati citarasaku untuk jangka masa yang panjang sebab saya jenis yang cepat boring dengan serounding yang sama ajer..

Sketch untuk living skema warna 1:
Idea saya hanya untuk memilih kombinasi warna yang sesuai dengan mengambil kira jenis, warna, material dan texture perabot rumah sedia ada..

Sketch untuk living skema warna 2:
Sketch untuk dining skema warna 1:
Sketch untuk dining skema warna 2:

Hmm..rasanya macam kelabu jer..hmm tengoklah nanti, ok dah boleh kira-kira untuk beli cat haha..

Dan yang paling special bilik tidur anak-anak dara ku..
Haa.. siap ada pondok lagi sebagai tempat tidur aa.. sesilap papa yang tidur dalam tu hihi..dah lama teringin nak buat gini..harap-harap kesampaian.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Jumaat, 14 Oktober 2011

Makluman Contoh Hasil Kerja Kertas 2 Akhir Tahun Tingkatan 4

Ingin dimaklumkan disini kepada semua pelajar saya especially tingkatan 4 bahawa semua contoh-contoh karya masih dalam proses penghasilan dan heharap dapat dipublish di blog ini dalam tempoh terdekat nanti..Harap bersabar yer.. or anda boleh jer bertemu saya di sekolah jika masing-masing kelapangan..

Majlis Graduasi kali ke 4 SMKSBS

Selamat Bergraduasi Kepada Semua Pelajar Tingkatan 5 SMK Seri Bintang Selatan. Semoga Memperoleh Keputusan terBAIK PUNYER dalam SPM nanti..

Khamis, 13 Oktober 2011

Kerja baru

Hai blog..ingin melaporkan apa yang dah berlaku sepanjang tempoh last update..hmm sebentar tadi baru deactivate facebook selepas lebih 2 minggu, boring gak takde FB ni rasanya..tapi takde pon ok je sebenarnya..cuma rasa banyak ketinggalan maklumat la..

1st time dapat tugasan AJK buku program, untuk graduasi, suke-suke! Keluar dari comfort zone asyik buat backdrop je..(tapi kene buat gak).. takpelah..buku dah tinggal nak susun-susun. Ingat esok selesai la kot.

Teringat tertinggal sesuatu yang giler penting kat sekolah..ta'awakal jer ni..mengharap benda tu still ada di tempat aku tertinggalnya tadi..alahai, dah tua ni susah nak organize diri..pelupe, buat itu lupe ini, buat ini lupe itu..haih(ngeluh lagi).

Mengawas PMR di SYL, pon satu hal..malas criter lelebihlah..

Mood kat sekolah sedikit kureng lah skang..ohh minggu depan Isnin ada bengkel kartun bersama imuda khusus untuk form 3 yang baru lepas PMR. Harap dapat berjalan lancar dan seperti diharapkan.

Iyerlah, itu ajer..takde benda sangat pon nak citer..saje nak kasik nampak blog ni aktif..ok, till soon.

Selasa, 4 Oktober 2011

PMR dan nasib PSV

Dah mula PMR..yeayy! Semoga buatlah yang terBAIK PUNYER pelajar-pelajar form 3 sekalian..especially murid-murid ku SBS yang ku cintainn hakktuii. Sayangnya tiada paper PSV dalam PMR ni.. Nape yea? Sedangkan subjek lain menjadi tahap pengukur untuk murid menentukan aliran mereka untuk ke tingkatan 4 dan seterusnya SPM seterusnya alam pengajian tinggi seterusnya kerja profesion dan seterusnya..tetapi tidak pula seni. Maka jelaslah disini toksah susah-susah jika anda yang memang berminat ke aliran seni buatlah tak lebih kurang PMR nanti sure automatik layak ke aliran itu. Maka tergolongan jugalah di antaranya yang memang mereka yang takde pikir haper pun nak ke aliran mana (tak fikir masa depan) bahkan tak minat lagi malang anti art turut terjebak sama ke kelas aliran itu.. oohh ohh oiii...

DOUBLE STANDARD? No...but TREABLE plus..plus..plus..to whom? ....Kalau saya la kan..elok patut diadakan kembali PSV dlm PMR..kita saring mereka yang patut layak masuk kelas art sama seperti aliran lain..yang perdagangan, saring juga tetapi perdagangan penting juga sebab nanti melukis ajer tak tau nak perdagangkan hasil karya takleh survive juga..nak kene beli cat juga ganti bila habis...benda basi nak citer nape murid form 2 n 3 malas nak endah tentang PSV dah sedia kita maklum..mind set mereka memang sejak lahir belajar beroriantasikan peperiksaan dan ganjaran. kan?kan?...Belajar rerajin naper? Nanti leh skor dalam peperiksaan...kalau skor exam dapat apa? dapat hadiah lahh mummy daddy puppy kasik...huihuihui..kalau fail exam dapat apa? pun dapat hadiah juga..hadiah tengking! Kene marah, dan bermacam hukuman..ganjaran juga tetapi lain skit, lama-lama leh mental, psyco, penyakit ginetik turun temurun.

Bagaimana lak yang langsung tak menjadi? Ada 8 subjek orang lain dapat 8A yang dia dapat 8Elephants? Yang sure ada masalah perkembangan minda, fizikal (slow) atau disiplin..? Haa.. golongan hak ni laa yang patut diserah kepada prof-prof, doktor-doktor, para pakar sarjana sarjani nazar nazir hebat-hebat sekalian yang bergaji berharta juta-juta-juta hakktuiii kerjakan. Bukan hanya setakat duk meraban pokpekpokpek di dewan kuliah ngajar sekali sekala usha calon sesuai buat bini tambahan mereka yang dah memang pandai semata-mata. Penuh falsafah kan? Hebat psykologi kan? Hebat mengenai tingkah laku manusia kan? Apa lagi..? Inilah bahan kajian anda. Jatuh standard nak datang ke sekolah? Tak payah, aku leh cadangkan mereka yang lemah dan bermasalah ini keistimewaan terus masuk universiti anda harharhar..Selalu nak blame cikgu yang skadar diploma habis hebat pon 1st dgree , doktor phd sekali sekala yg tak layak jadi lacture..korang lagi hebat tahu serba-serbi buatlah hah..Baru cakap serupa bikin terbukti, setakat ngaja anak sendiri dan bimbing sampai berjaya lom tentu lagi leh dapat hasil yang sama dengan anak orang lain..lain latar keluarga dan budaya lain juga cara pendekatannya..tak boleh pukul sama rata. Cakap senang? sama ajer korang pon cakap senang jugak...

Bebalik pada PSV di sekolah, hmm kita cikgu seperti biasa akan cuba sedaya upaya menyediakan dan melaksanakan pemelajaran terbaik untuk mereka. Pelbagai cara telah dan akan diusahakan supaya dapat sekurang-kurangnya memupuk minat mereka terhadap Seni. Seni tidak seharusnya dirumitkan dengan pelbagai ideologi dan fahaman bagi saya laa kan tapi penting juga untuk kita mengenal sejarah dan perkembangannya supaya hasil karya itu bukanlah hanya indah di mata, tetapi juga sarat dengan intelektual dan estetiknya. Di barat hasil karya seni begitu tinggi martabatnya kerana pengetahuan dan kesedaran yang ada dan diserap ke minda dan hati masyarakat sejak awal lagi mendorong mereka menghargai ciptaan pelukis dan pengkarya. Namun di negara kita ia hampir tiada kerana sedikitnya pencinta seni dari kalangan rakyat tempatan. Nilai sesebuah hasil seni itu bukanlah ditentukan dari segi kualiti hasil pengkaryaan sahaja tetapi lebih ditentukan oleh sejauh mana pengetahuan dan persepsi masyarakat yang menilainya. Berapa ramai yang menganggap karya seni sebagai pelaburan seperti mana eset hartanah dan emas? Zaman Perang Dunia ke 2 karya-karya seni hasil pelukis-pelukis tersohor barat menjadi rebutan antara dua puak perikatan, pelbagai cara dilakukan untuk memilikinya..Bilik sekebal-kebalnya dibina untuk menyimpan karya-2 itu di muzium. Teringat pula sedutan dari filem 2012 apabila dunia dalam situasi kemusnahan, karya-karya agung seperti Monaliza dibawa dan diselamatkan terlebih dahulu berbanding jutaan lagi nyawa manusia..mengapa ye? Renungkan...