Halaman

Isnin, 12 Disember 2011

Bengkel Penulisan Buku Kanak - Kanak

Pada 9 hingga 11 Disember lalu saya telah berpeluang menghadiri Bengkel anjuran IPG Kampus Bahasa Melayu bertempat di Hotel Empress, Sepang. Bengkel berkisar tentang kaedah dan proses penghasilan buku untuk kanak - kanak yang turut merangkumi cara penerbitannya. Banyak input berguna yang diperolehi melalui bengkel ini apatah lagi ia disampaikan sendiri oleh tokoh pelukis dan penulis buku kanak-kanak terkenal iaitu En. Mohd Yusof Ismail atau lebih dikenali sebagai Yusuf Gajah.

En. Yusof Gajah memberi tunjuk ajar sambil berkongsi pengalaman bersama para peserta yang rata-ratanya terdiri dari kalangan pensyarah IPG Bahasa Melayu.




.........................................................................................................................................
Antara contoh karya hasilan peserta.


.........................................................................................................................................




*p/s: Ucapan terima kasih kepada Pn. Fauziah Sulaiman atas undangan.

Tiada ulasan: