Halaman

Khamis, 24 November 2011

Berangan Landskap Rumah Baru..

Last visit tapak pembinaan dalam bulan 9 yang lalu..dah nampak rupa macam nak siap dah rumah nih.. Sebenarnya saya dah lama buat sketch ni cuma sekarang baru rasa cam teringin nak upload ke blog. Teringat dahulu masa kat Kelantan keluarga saya ada sebuah banglo..so sedikit rajin juga la nak bercucuk tanam time tu..dah lama dah, sekarang dah kerja dah boleh memiliki rumah sendiri yang ada laman mulalah terasa gian kembali nak berlandscape planning ni.

Orait, laman rumah ni tidaklah luas mana pon..bolehla muat sebuah gelanggang badminton untuk single player sebagai tempat anak-anak main, lari-lari dan guling-guling. Saya sangat suka dengan seni taman berkonsep zen jepun.., minat juga ala-ala nusantara, bali umpamanya..so kita kasik fusion skit la.

Haa.. Laman yang luas tidak bermakna setiap inci tanah perlu dihias dan ditanam pokok..macam nak buat Taman Negara plak.. ada tukang kebun takpelah or anda memang takde kerja lain nak buat pun takpela..tapi saya bukan jenis yang boleh tumpu pada sesuatu itu 100% dan sepanjang masa..so cara terbaik adalah merancang taman yang minimal isinya dan mudah diselenggara dan paling penting, mengurangkan harapan kepada nyamuk untuk mengembangkan zuriat keturunan mereka. Konsep zen saya rasa sangat sesuai dan menepati kriteria itu kerana ia lebih kepada penggunaan batu-batuan dan pokok-pokok tegak yang kurang kerimbunan daunnya. Kolam ikan or fountain rasanya tak perlulah..cukuplah sekadar aliran air yang jatuh keatas batu..alah mcm jepun punya konsep tuu..air mengalir keluar dari buluh jatuh ke atas batu.

Saya pilih pokok buluh macam seni taman cina lak..fusion kan..sebab senang urus walau sikit mahal tapi takpelah..boleh nampak kemas dan tidak serabut mata jika ditanam sedikit jarak-jarak..kalau dah taknak nanti dekat-dekat raya boleh ditebang buat lemang. Susunannya di sekeliling sebuah gazebo tempat petang-petang lepak sambil makan keropok lekor dan goreng pisang. Cara tanaman berkelompok gini senang untuk diurus dan ruang laman selebihnya cukuplah sekadar ditanam rumput..(teringin sangat tanam rumput philippine macam dalam gambar tu..)So..ruang untuk aktiviti lain masih banyak dan mana tau nanti nak pasang khemah buat kenduri ke..uhuk.

Sebelum....

(Gambar atas)Laman rumah yang dijadikan lokasi untuk laman landskap angan-angan seperti gambar di bawah:


Haa..rasanya nak simple gini je..taknak landskap yang terlampau sarat dengan pokok-pokok..tapi tak tahulah nanti berubah citarasa pulak..


(kasik close-up sikit) hmm..ada rupa makam ke?

..Ok..till next time..nak sambung berangan lagi nih..banyak ruangan rumah lagi..deko-deko rumah yang sedang didiami sekarang pon lom start lagi..

p/s: Tak sabar tunggu soalan PSV SPM kertas 2

Tiada ulasan: