Halaman

Khamis, 12 Februari 2009

SOALAN KRSV KERTAS 3 SENI VISUAL SPM 2009

UNTUK PERHATIAN CALON SPM.
Kertas soalan Kajian Seni Reka Seni Visual (KRSV) SPM 2009 boleh di muat turun di url ini:
.......................................................................

Rabu, 11 Februari 2009

Hello 2009

Assalamualaikum, post pertama saya pada tahun 2009 setelah sekian lama mengabaikan blog ini. Minta maafla pada korang yang duk singgah selama ini, bukan apa, biasalah awal-awal tahun memang sibuk dengan program sekolah. Tak berapa lama lagi sukan lak. Sekarang ni pun dah mula sukan tara. petang tadi baru selesai untuk rumah Amethyst. Nak mintak maaf lagila terutama kepada cikgu-2 rumah Amethyst ni sebab tahun ni saya slow sikit. Ada sikit-sikit mengelat sebab rasanya setelah 5 tahun lalu saya tak berberapa rasa seperti bekerja dalam pasukan menyebabkan 5 tahun menanggung derita kesorangan stress lor...ingat tahun ni bolehla saya menenangkan diri skit. Tugas kerja pun dah banyak kurang. Tak lagi jadi ketua panitia seni lagi. Tak lagi jadi guru penasihat unit beruniform. Paling saya rasa gempak! Tak lagi jadi guru penasihat kelab seni kreatif! feh...apa ke ringan keje tahun ni?. Harap cikgu-2 jangan lah rasa jeles. Especially cikgu-2 baru, kami telah melalui dan merasainya seperti mana anda rasa sejak setengah dekad lalu. Hidup ni kan ibarat kitaran. Tetapi bukanlah bermakna langsung takleh kerjasama. apa yang termampu tetap saya cuba ikhtiarkan laa..just ask and say directly, dont behind-behind. I am still respondsable person as i use to be laa beb. Tahun ini juga saya dilantik guru penolong penasihat kelab baru iaitu Rekacipta dan lagi satu bolasepak...tak kisahlah, syoklah jugak walaupun saya ni taklah berapa pandai sangat main bola..tapi knowledge tu banyak gak laa...tau laa gak sejarah-sejarah tu serba sedikit.

Ha, hari tu berkesempatan bawa pasukan sekolah bawah 18 tahun pi tournament..tak jauhpun..kat Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane je..bermula Rabu 4/2 hingga Jumaat 6/2. Pemergian kami tidaklah membawa impian yang menggunung ibarat Everest, cukup sekadar jika dapat memperbaiki pencapaian tahun sudah. Namun keinginan untuk juara tu tetap menebal lebih-lebih lagi melihatkan semangat wira-wira kita seramai 18 orang ni main.
Untuk rekod, pasukan SMKSBS telah berjaya menduduki tempat bertiga peringkat kumpulan setelah mencatat keputusan memberangsangkan iaitu menang 2, seri 1 dan kalah sekali. Namun nasib tidak menyebelahi pasukan ini yang hanya dipisahkan satu mata dengan pasukan kedua kumpulan walaupun setelah berjaya membelasah SMK Aminuddin Baki 4-1. Antara barisan yang dianggap cemerlang dalam mengemudi pasukan adalah seperti Mohd Nabil, Asrol dan Omar di benteng pertahanan yang hanya melepaskan 3 gol kepada lawan sepanjang kejohahan berlangsung. Di barisan serangan pula menampilkan gandingan Haziq, Amir dan Asyraf yang nyata telah membuktikan fizikal kecil bukanlah faktor penghalang untuk mengucar kacirkan pertahanan lawan. Berikut ditampilkan beberapa gambar pada hari kejohahan itu. Korang layan lah sendiri..