Halaman

Jumaat, 25 November 2011

Contoh Lukisan Soalan No. 2 PSV 2611/2 SPM 2011

Soalan No. 2:
Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam.

Lukis situasi tersebut dari
jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.

Ini adalah pilihan soalan yang selalu saya syorkan kepada calon yang kurang kemahiran untuk melukis objek secara realis. Soalan ini membolehkan calon mengolah dan berkreatif karektor yang dikehendaki secara santai dan tidak serius. Calon boleh mengolahnya supaya kelihatan seperti kartun sebegini namun dalam masa yang sama masih mengekalkan aspek kekemasan dan memenuhi tuntutan soalan. Bahan yang paling sesuai digunakan adalah poster colour atau seumpamanya. Warnakan dengan rata dan anda boleh hilightkan sedikit pada outline ketiga-tiga subjek utama "rambutan, jagung dan durian itu supaya tampak lebih menonjol berbanding latar belakang. Jangan lupa juga aspek pencahayaan cukuplah dengan 3 direct spotlight menghala dari atas, kesan cahaya itu boleh diolah pada latar dengan memasukkan warna yang lebih terang sedikit sepanjang laluan garis cahaya spotlight itu...Ok, Selamat mencuba.

Tiada ulasan: