Assalam...sejahtera semua yang membaca.
Hari ini masuk hari keenam umat Islam di Malaysia khasnya menyambut Aidilfitri, Hari kebesaran, hari kemenangan setelah sebulan berpuasa..ye..semua tahu itu. Sebenarnya saya baru sahaja kembali dari kampung..siang tadi dayana (4B) call..kata nak datang tapi cikgu mohon maaflaa sebab rumah masih tungang langgang. InsyaAllah buka sekolah saya dan keluarga sedia menerima kegadiran kalian..jemputlah datang yee..
(Gambar atas) Kepenatan baru tiba dari kampong(Perak)..nasib baiklah jalan tak jam..Perjalanan lancar dan selamat walaupun kereta sedikit banyak dari kebiasaan dan hujan..dengar radio mereka dari pantai timur kandas akibat jalan sesak teruk..lantak..jangan korang sambung cuti udah..idok lee teman n cikgu-cikgu lain tersikse merilef mi'ke sume.. kalian murid-murid pun samalah..jangan ponteng!!
Cuti udah raya masih...jangan pula lupa pada peperiksaan akhir tahun. Tak lama lagi..PMR pun dah tinggal seminggu lagi wooo..tak taulah kalu korang ingat masih boleh nak behungga-hungga dan main-main.Belajar rajin-rajin..berjaya kelak mohon sekolah sains asrama penuh..kalau idak diterima pun teruslah sambung kat SBS ni..ok aje boleh berjaya juga.
Ok, sempena peperiksaan yg hampir sudah ni bah..tengok-tengoklah nota papan putih kat bawah ni..saya cover 3 bab terus..makluman untuk form 1 PSV tajuk masuk dari asas seni reka (Unsur dan prinsip rekaan: garisan sampai warna: Harmoni sampai kepelbagaian) dan 3 tajuk bidang seni halus: Lukisan/catan dan cetakan). Form 2 pula..tajuk masuk( Lukisan/ catan/ arca/ cetakan/ grafik-ilustrasi&multimedia/ kraf ukiran dan aprisiasi seni visual). Bahasa Melayu form 1 - erm...nak kasik tahu ke tak aaa? Nantilah..tunggu post yang lain ye.
Bolehlaa jikalau nak copy gambar-ganbar bernota di atas ni tapi jangan jadikan sebagai toyol lak! Siap laa sesape yang buat dan terkantoi kelak. Sekian dahulu untuk kali ini, Salam muhibah, salam perpaduan..belajar rajin-rajin. Jumpa di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan