Halaman

Isnin, 24 November 2008

Contoh Karya Kertas 2 Seni Visual SPM - Post 04

Contoh pilihan 4:

Seekor rama-rama hinggap pada sekuntum bunga.
Terlebih dahulu saya pamerkan 3 imej rujukan dan panduan.


Dan ini adalah sampelnya:

Bahan digunakan watercolour dan sedikit touch-up dengan colour pencil untuk kekemasan.
Tip:
Pada firasat saya yang ini paling senang dibuat. Sekejap je siap ni sekitar kurang 2 jam. Karya ini wajib berwarna dan mesti menampakkan visual seolah dalam kemera digital. Untuk itu senang jer..bawalah siling 20sen atau jangka lukis kalau nak nampak pro skit laa untuk buat bulatan fokus di tengah kertas dan pembaris. Boleh gunakan ball pen hitam jer. Tapi pastikan karya anda sudah kering dan siap dulu laa baru buat.

Lukis dan warnakan subjek bunga dan rama-rama dahulu sebab itu yang paling utama menjadi fokus dan mesti detail. Bahagian background anda boleh masukkan imej daun-daun panjang secara rawak dan kasar dan samar sahaja (tak perlu detail hingga menampakkan urat daun) dan menggunakan warna yang gelap supaya subjek utama dapat ditimbulkan dengan jelas dan tegas!.

Lain-lain takde masalah kot, dari segi komposisi pun rujuk sahaja contoh ini. Ok, jika ada pertanyaan lain..tanya ajelah pada ruang shoutbox tu. ..selamat berusaha..

.............................

Jumaat, 21 November 2008

Contoh Karya Kertas 2 SPM 2008 - Post 03

Contoh pilihan 3:

Karya figuratif dan diwajibkan berwarna. Yang ini paling lama ambil masa. Sesuai bagi yang mahir melukis orang. Media digunakan water colour. Mungkin anda mempunyai cadangan lebih baik.

Tips:

Patuhi kehendak soalan.

Ramai yang menantikan contoh rama-rama tu..tak larat nak buat lagi la. Tengoklah esok.

.......................................

Contoh Karya Kertas 2 SPM 2008 - Post 02

Pilihan 2:
(sesuai bagi penggemar lukisan "Still-Life").


Bahan digunakan: Pensel 2B sebatang. Lainnya adalah pemadam yang dipotong dadu/atau yang baru dibeli dan Sharpener untuk memastikan pensel sentiasa tajam.

Tips:

Tidak dinafikan, pilihan ini memerlukan anda mempunyai daya analitikal yang bagus dalam pengamatan sesuatu subjek. Saya syorkan kurangkan atau minimakan subjek seperti ditunjukkan pada rajah supaya banyak masa boleh diperuntukkan untuk menampakkan ketelitian. Jika saya(pada tahap sekarang) pilihan soalan ini semestinya akan saya utamakan sebab tidak banyak menggunakan bahan. Tetapi jika difikirkan balik jika saya berada di tahap anda form 5..pilihan ini akan saya elakkan. Bukanlah bermaksud memandang rendah keupayaan pelajar, tetapi secara realistiknya tidak ramai yang mampu fokus dan komited sepenuhnya dalam tempoh yang lama untuk menyiapkan karya sebegini. Terpulanglah pada kalian.

Penggunaan bahan; saya syorkan media kering. Tidak semestinya pensel hitam. warna pensel dengan pilihan warna gelap pun boleh untuk mewujudkan mood berbeza seperti biru gelap, coklat gelap, merah gelap atau mana-mana warna yang tua. Ok, diharap contoh kedua ini bisa membuka minda dan persepsi anda...dalam beberapa jam dari sekarang saya akan post contoh pilihan 3 pula. ok

..............................................

Contoh Karya Kertas 2 SPM 2008 post 01

Bagi mereka yang ingin memilih soalan nombor 1:

Soalan pilihan 1:
Di dalam almari kaca di sebuah kedai telekomunikasi, beberapa buah telefon bimbit pelbagai jenama sedang mengadakan pesta sambutan hari jadi.

Gambarkan kemeriahan pesta tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang dan komposisi yang menarik.


Contoh karya:
Tips untuk pilihan ini:

Terlebih dahulu tentang bahan. Saya syorkan anda menggunakan poster colour atau campuran dengan media kering seperti pensel warna. Pemilihan warna biarlah pelbagai untuk menampakkan suasana ceria dan meriah. Tidak perlu memasukkan banyak handphone cukuplah 3 atau 4 sahaja. Fokuskan aktiviti atau susana tersubut seperti contoh diberi.

Karya ini telah disiapkan dalam tempoh 2 jam 33 minit.

Masalah yang dihadapi adalah untuk menampakkan kesan kaca(almari kaca). Buatlah sedikit homework dan research tentang itu.

Saya masih dan sedang menyiapkan beberapa lagi kira kesemua sekali lah sebagai contoh. Ini sahaja yang terdaya dan mampu saya lakukan untuk anda (calon SPM) seni dalam tempoh-tempoh terakhir ini. Selamat berusaha. Nantikan post seterusnya..
....................................




Ahad, 16 November 2008

Cuti Bermula!

Assalamualaikum ...swasdy kap! korpkhun-karp kerana sudi melawat blog ini. Bagi pengunjung yang pernah berkunjung ke blog ini pasti ada rasa sedikit kelainan tapi yang pertama kali tiba atau tertiba ke sini suka saya maklumkan bahawa blog ini baru sahaja diberi paparan muka yang baharu hari ini. Amacam, ok tak? Berkonsepkan batik dan bermotif pucuk dan sulur kekacang, sesuai dengan diri dan jiwa saya yang lembut, sensetif dan pendiam. Ya, itulah tanggapan kenalan di sekolah bahkan sesiapa sahaja termasuk family sendiri, saya memang pendiam ya' amat. Ibarat ada emas dlm mulut, mahalnya untuk bersuara. Tak tahulah naper..pemalu penyegan kot, (penyegap) singkatan gabungan ketua bidng dahulu.

Ok, now, nk citer tentang cuti, sebenarnya takder cuti sangat pun bagi guru. Murid seronokla..kmi guru tetap juga bekerja dan bertugas apabila diperlukan. Banyak agenda hendak dilaksanakan dan perlu disiapkan lagi ni. senarailah kot:
  1. Rancangan tahunan 2009

  2. format RPH dan modul 2009

  3. renovation bilik seni

  4. moving pictures - philharmonic

  5. mural kokurikulum

  6. perancangan strategik p.seni 2009(perluke ye? Kp lagi ke aku nxt year?)

  7. dan lain-lain

Aduhyaiii...sempat ke ntah?

Tahun ke 5 di SMKSBS...ada gak angan nak tukar suasana baru, klau ada rezeki, 6 tahun sebagai guru...what can i describe...its full of joy! Yes..ada ketika saat sukar tidak dinafikan ada..tetapi saat seronok mengatasi segalanya. Seronok bersama rakan-rakan guru dan bersama murid-murid. SMKSBS especially, of course! Frankly, SBS students bagus-bagus sebenarnya, tidaklah banyak kerenah, senang nak handle...compare others. Pentadbiran baru..yeah..i like..serious i like! 1000 times then previous bla-bla-bla..sangat berharap jika boleh konsisten dan berkekalan, seronok bekerja dalam enviroment sebegini.. alhamdulillah. .

Risau, rasa bersalah..yes always, saya rasa saya belum memberikan yang terbaik kpada murid. SPM result, P.seni esp..aduuui risau nyer wei..harap-harap mereka lakukan terbaik. Saya cuma mampu doakan.


Pencapaian terbaik saya tahun ini:

....."Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19 kilo!! Yes!! Ramai nak tahu apa rahsianya...alaa..senang, amalkan cara hidup sihat. That's all folks"..

......................................................................

Ahad, 9 November 2008

Stage and Backdrop - Graduation Ceremony

November 7th 2008
- Yayasan Pendidikan Cheras -
Congratulation to all form 5 students.
Sorry for not coming on d day due personal reasons.

I was incharged for backdrop and stage and this fotage has captured a day before event.

Easy Steps To Draw A Landskap.

Assalamualaikum dan salam perpaduan...atas permintaan beberapa murid, post kali ini saya tunjukkan langkah mudah melukis karya pemandangan menggunakan media paling ringkas dan dibenarkan dalam peperiksaan termasuk SPM iaitu pensel.

Ok, - jenis pensel digunakan ialah 2B sahaja..digalakkan dan lebih bagus lagi jika anda memiliki satu set lengkap dari B hingga 6B. Pastikan mata pensel sentiasa tajam dan dipertajamkan ketika melukis. Cara pegang pensel terpulang mengikut keselesaan individu dan teknik diguna pakai.
1. Melakar secara halus garisan-garisan imej dikehendaki. mulakan dengan garisan horizon yang merentasi kertas. Bahagikan kepada ruang latar, ruang tengah dan ruang hadapan(biasanya akan menjadi subjek fokus) pada kertas lukisan.

2. Masukkan ton (pertengahan) dimulai dengan latar belakang. Peringkat ini seharusnya anda mengawal tekanan pensel anda dengan lembut supaya ton terhasil tidak terlalu gelap untuk latar.

3. Subjek jauh tidak perlu terlalu detail sangat cukup sekadar nampak secara kesamaran. Anda boleh gosokkan menggunakan jari supaya nampak lebih lembut.

4. Teknik reverse drawing digunakan untuk memadam kesan pensel yang lebih atau terkeluar. Lakukannya supaya bahagian tepi subjek kelihatan kemas tanpa outline. (lukisan terbaik dan kemas adalah lukisan yang tiada lagi kelihatan outline-nya sebaliknya terhasil dari bentuk kesan cahaya dan bayang)

5. Imej latar belakang yang telah siap.

6. Proses seterusnya memasukkan ton pada subjek ruangan tengah. Patikan tonnya bertambah gelap sedikit berbanding ruang latar. Kesan jalinan juga sudah boleh dinampakkan pada bahagian ini seperti kesan rumput dan sebagainya.
Kaedah Melukis Pokok
(Sesuai bagi pokok dari pandangan jarak jauh)
7. Lakarkan beberapa gumpalan atau tompokkan daun. Kadar tonnya mengikut arah cahaya yang anda sendiri tetapkan pada keseluruhan lukisan anda.

8. Seterusnya lukiskan bahagian batang pokok bermula dari bawah iaitu dari tebal sehinggalah kepada rantingnya yang semakin mengecil dan halus.

9. Bahagian latar belakang dan tengah yang telah siap. Jangan ambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan peringkat ini terutamanya sewaktu peperiksaan. Budget-kan antara 30 minit hingga sejam sahaja. Lebihan masa yang ada diperuntukkan bagi melukis dan memperincikan subjek utama atau fokus dalam lukisan(mengikut kehendak soalan dipilih).
10. Peringkat seterusnya adalah melakar dan memperincikan subjek utama atau yang paling hadapan sekali. Pada peringkat ini subjek seharusnya dihasilkan dengan lebih teliti dari semua aspek spt. kesan cahaya, jalinan dan bentuk. Gunalah masa dengan bijak dan janganlah tergesa-gesa serta sabar selain bertenang.(pedulikan rakan-rakan lain yg kononnya dah siap tu).
Nah, inilah hasil lukisan yang telah siap. Takdelah hebat sangat bagi tempoh 30 minit untuk saya siapkan tetapi harapan yang lebih tinggi agar method yang saya tunjukkan ini sedikit sebanyak boleh membantu esp. kalian yang akan mengambil kertas 2 P. Seni SPM.

Tiada kejayaan tanpa usaha berterusan. Tiada bakat yang tidak boleh digilap. Asalkan ada dorongan dan minat, pasti apa yang ada inginkan mampu direalisasikan. Untuk post seterusnya nanti saya akan tunjukkan pula teknik catan landskap menggunakan cat air. Untuk kali ini, selamat mencuba dan selamat menduduki SPM dengan cemerlang dan penuh tekad bersemangat. Till then,..cau!

..................................................